koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 5 March 2013
Sekarang bukan waktunya.
Sudahlah, cukup-cukuplah
cukuplah berjari telunjuk kelingking berlipat
tuding menuding bertingkah pendapat
umpat mengumpat,
ahh! ... semuanya musibat
baik kerajaan ataupun pembangkang
semuanya sama.
Sekarang adalah waktu untuk perangi penceroboh
pertahankan maruah negara bukannya ego
sama-sama ikut bertempur
kalau tidak jangan ikut campur
berundur
biarkan pasukan keselamatan menjalankan buah catur
kerja-kerja mereka yang telah diatur.
Aduhai!
Politik tolak ke tepi dahulu
BOLEH TAK?
ss/spl/pm ... 05/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju abang Sazalee..
ReplyDelete-remaja berhati kaca
terima kasih Zaliza...kita mewakili suara seluruh rakyat Malaysia yang perihatin akan kedukaan saudara2 dan rakyat di Sabah...semoga mereka tenteram dan aman damai kembali di sana...amin
Delete