koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 9 March 2013
Selembut sutera kasihmu
Putih bak salju hadirmu
membawa setangkai mawar
keharuman berjanji ikhlas
membaris nada dan rentak
teratur indah berhasrat
kuukir warna kesucian
pada dada rindu itu
Nyanyian rindu tika itu
kusambut mendakap restu
angin badai melintas pergi
tak mampu melebar dengki
cemburu meronta bukti
tak kumemaling lagi
Sutera kasihmu
kubaluti keresahan diri
kuselimuti menghangat lagi
tika malam memberi mimpi
hadirmu inginku miliki
seindah kerinduan
selembut sutera kasihmu
Mooyys01.
9.3.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment