koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 19 March 2013
~~Sepasang Terompah Kayu~~
Berdetak
berdetuk
terompah kayu di kaki,
seiring langkah diaturkan
longlai,
lesu,
letih,
namun digagahkan jua...
Payah,
perit,
terluka,
terhiris,
namun ditelan jua rasa...
Demi sebuah
picisan jiwa
yang ketandusan sayang,
bermazhabkan cinta yang usang,
redha juga menghayunkan kaki
bersama terompah kayu...
biar berjuta batu lagi,
rela menahan derita
mungkin dengan sekelumit semangat juang di pinggir jiwa,
walau cuma sebesar hama,
ada keyakinan yang terpasung dan
terpatri kukuh...
sepasang kaki itu akan terus-terusan melangkah
sehingga sampai ke penamatnya...
Dan bersama terompah kayu itu,
terusan juga melangkah lagi...
~vivianurazura~
19/03/13
02:12 am
LUMUT,PERAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment