koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 11 March 2013
Sunyi menghampiri.
Bertemankan komputer bimbit
di riba
kubuka siaran televisyen
menonton drama bersiri - Korea,
A Tousand Days Promise
jam 04.00 pagi
di tv2.
Aku!
... aku masih di kerusi
tercongok
dan otak
kubiarkan merewang
asyik di dalam leka
tarian hati.
Ahh! ... kesunyian menekan sepi.
ss/spl/pm ... 11/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment