koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 March 2013
Tujuh Pintu Neraka Kita Buka.
Tujuh dulang darah perwira
melimpah sudah di bumi tercinta
demi mempertahankan maruah negara
rebah mereka tidak akan sia-sia.
Ayuh! Bangunlah tubuh yang leka
maruah negara sedang tercela
pertahankannya dari si celaka
membuat onar durjana bertimpa.
Ayuh! Galaslah segala senjata
keluarkanlah dari sarung mereka
demi maruah negara dan bangsa
bukan lagi masanya kita membuta.
Tujuh dulang sebagai buktinya
gugur mereka syahid terbela
kini tiba darah menggila
darah celaka kita ratah pula.
Wahai perwira-perwira bangsa
gugur kamu tersanjung di dada
tujuh dulang darahmu berperca
tujuh pintu neraka akan kami buka.
Takbir!
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
ALLAHU AKHBAR.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment