Friday, 5 April 2013

PRASANGKA



Kulepaskan sebuah keluhan
yang menjangkau sedalam sanubari
bersama segumpal impian menerawang
cuba menggapai angan-angan
angan-angan yang kusandarkan pada harapan
sedangkan harapan semakin memudar.

Semuanya semakin jelas
dalam rentetan waktu yang bergilir
dan sekadar imbasan lalu
melihat kalibatmu menari-nari di mata
pun suaramu
seolah tingkah-meningkah menghurai kebuntuan
namun hilang bersama terpejamnya mata
dalam lena yang memenatkan.

Akhirnya
prasangka menjadi terjemahan mutlakmu
dalam percayaku
kausingkirkan satu kejujuran
lalu terkuburlah segugus kesetiaan
kerana tanpa engkau sedari
prasangkamu adalah pembicaraan yang paling dusta.

Dan keluhanku kian memberat.

Qalam Bertinta
04042013
2211pm
PRASANGKA

Kulepaskan sebuah keluhan
yang menjangkau sedalam sanubari
bersama segumpal impian menerawang
cuba menggapai angan-angan
angan-angan yang kusandarkan pada harapan
sedangkan harapan semakin memudar.

Semuanya semakin jelas
dalam rentetan waktu yang bergilir
dan sekadar imbasan lalu
melihat kalibatmu menari-nari di mata
pun suaramu
seolah tingkah-meningkah menghurai kebuntuan
namun hilang bersama terpejamnya mata
dalam lena yang memenatkan.

Akhirnya
prasangka menjadi terjemahan mutlakmu
dalam percayaku
kausingkirkan satu kejujuran
lalu terkuburlah segugus kesetiaan
kerana tanpa engkau sedari
prasangkamu adalah pembicaraan yang paling dusta.

Dan keluhanku kian memberat.

Qalam Bertinta
04042013
2211pm

No comments:

Post a Comment