koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 5 April 2013
Kiambang Bertaut.
Semalam kiambang berlalu
meninggalkan teratai di tasik membeku
hari ini kiambang bertaut
dan air yang membeku
mencair
menyegarkan akar di perdu waktu.
Aku bahagia
walau hanya sebentar waktunya
kelopak teratai mekar berkembang
di akar kiambang.
Terima kasih.
ss/spl/pm ... 05/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment