koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 11 April 2013
~ sekuntum mawar, setitis airmata ~
( didikasi buat seorang sahabat )
sekuntum mawar
anugerahmu
sebagai agungnya kasihmu
bisikan rindumu meresap ke kalbu
menjadi azimat cinta
bertugu di hati
ke gunung kudaki
ke luruh kuharungi
lautan luas akan direnangi
biar gelora menghempas
biar lava panas mengalir
segalanya mungkin
kerana azimat cintamu
belum sempat
mawar layu di jambangan kamar
bagai taufan menderunya
hanyir bauan cerita
cinta dustamu
meresap
memenuhi kamar hatiku
bagai tidak tertampung
menitis juga manik-manik
mengalir membasahi pipi
menemani resah hati
bukan kerana kehilangan
hanya menyesali
kejujuran tidak dihargai
sekuntum mawar setitis airmata
Jue Affendi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment