koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 11 April 2013
Ujian kerahmatan dalam ujianNya ( Buat seorang sahabat - Puan Ezzah )
Hadir tanpa kehendak insan
memilihmu, terisi seribu indah
dalam ujian untuk direnangi
bersama redha dan sabar
Tebal damai dalam tenang
menghirup kerahmatan
mengharungi getiran nyata
membaring hayat duniawi
bersama syukur menerima
Kering airmata dalam jernih
warna sekeping hati terindah
mendakap syukur dalam taqwa
mendakap ujian memeluk rahmat
moga kembalimu, bersama senyum
sejahtera dalam doa dariku, ingatlah
ujian kerahmatan dalam ujianNya.
Moyyu.
10.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment