koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 June 2013
KAN DAH TAK BERHENTI AKU BERSUARA.
Setiap orang ada caranya masing-masing
dalam menangani permasaalahan meruncing
buah fikiran boleh dirunding
dalam berunding ada rancangan samping.
Jangan kita suka memaksa
mengikut telunjuk kemahuan kita
segala idea bukan sengaja tidak diterima
mesyuarah bersama itulah cara kita.
Rumah dah siap pahat berdencing
loceng berkerincing mencarut bising
mengata kawan mulutnya sumbing
tidak sedar mulutnya hancing.
Aku dah kata jangan dimula
hero yang tidur usah dibiarkan bersuara
kelak terjaga tidak berhenti berkata
sekali mula memang susah hentinya.
Aku tidak akan berkira-kira.
SAZALEE SULAIMAN ... 18/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment