koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 June 2013
USAH DIMULAKAN KAWAN.
Jarum peniti jangan ditusukkan
kaca yang pecah jangan dilemparkan
takut jarum tertusuk tangan
dan kaca berselerak memakan tuan.
Singa yang tidur usah dikejutkan
kelak mengamuk perut kelaparan
kata mengata jangan dimulakan
kelak tercalar berdarah kelukaan.
Tinta kataku tidak pernah kekeringan
sentiasa membasah minda kemerahan
lidahnya pula sentiasa berketajaman
jangan diseret aku memulakan.
Kelak tertanggung tidak kesampaian
hati tersinggung tidak bertampalan
fikir dahulu itu pendapatan
menyesal kemudian itu kedapatan.
Jangan bertikam dengan bayangan.
SAZALEE SULAIMAN ... 18/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment