koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 November 2013
USIR
Engkau teropong rumah aku, aku usir
engkau intip komunikasiku, aku usir
engkau CCTV tandasku
erk!... ,
memang nak kena usir
engkau ceroboh halaman rumahku, pasti akan kuusir
engkau seludup keluar maklumat sulit seluar dalamanku
emmm...nantilah aku fikirkan
nak usir
ataupun tidak.
Ada keuntungannya...untukku
di situ.
Sazalee Sulaiman ... 21/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment