koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 22 November 2013
50pp: Motivasi Pagi
Langit tidak sentiasa cerah
pun awan tidak selamanya berkelarah
ia silih berganti atas kehendak Allah
jika direnungi ada tersembunyi hikmah
anggap itu semua pengujian terarah
jadi fahami hidup ini tidak selalunya indah
hadapi dengan penuh hemah
kesabaran ditanam akan berbuah
nikmat dan rahmatnya melimpah ruah
bagi mereka yang terus tabah.
CNM, 22/11/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment