koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 November 2013
AKHIRNYA
Malam yang membungkus dingin
genangan di lopak ada kocakan yang memintal
wajah buram menyelubungi kelam...hitam
memayungi tubuh ilusi sebuah rindu
dan di hujung malam ada penantian
menjengah di sebalik sendu.
Akar resah membongkar
ceritanya terpalit di tanah hitam
hujan ini cuba membasuhnya
menyental daki nista kata-kata
pun pokok percaya rebah
reput dimamah janji.
Penantian itu masih ada
suara sendu tenggelam di laman akur
sedang hujan semakin keletihan
lalu setia pun
menapak pergi.
Qalam Bertinta
Klang
20112013
2313pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment