koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 20 November 2013
JANJI YANG TERLERAI
Dulu...
kita pernah bersama
menyulam kasih menyimpul sayang
membina impian membangun harapan
bersama janji kita semai
di batas waktu penuh anganan.
Kini...
batas itu telah hilang
kasih yang terbina tak kelihatan
sayang yang tertanam telah musnah
janji yang disemai turut berlalu
seperti angin pergi tanpa pesan.
Di mana?
lupakah engkau pada janji
janji yang kita cipta bersama
teguh pertahan kesetiaan
tegar hadapi tentangan
sayangmu hanya di bibir
kasihmu tidak terzahir...
mudahnya engkau lupa janji.
nukilanhati
sue
20/11/13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment