koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 6 March 2014
ADA DALAM TIADA
Ada seperti tiada
tiada seperti ada
di wajah ada lara
di wajah penuh duka
di wajah seri tiada
di wajah bayangan tiba.
Bayang-wayang kian menyinggah
bayang-wayang megah menyanggah
bayang-wayang punya seranah
bayang-wayang datang menerjah
dipeluk bayang-wayang purdah
dikucup bayang-wayang tohmah.
Dilumur derita barah
dicicip duka merah
disiram darah marah
parah kian parah
darah masih berdarah
ada tapi tiada, tiada masih berkemah.
Wayang-bayang menerjah kabus
wayang-bayang di kaus tembus
wayang-bayang terpintal halus
wayang bayang bercumbu haus.
Tiada pada resah
resah kian gelisah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
06/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment