koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 3 March 2014
Sekadar ini dan itu
Yang di situ itu
pasti mulanya di sini
ini, tak akan ke situ
kalau tak ujud erti
Jarak antara ini dan itu
diukur waktu tak bertanda
kita sentiasa dalam kembara
mencari itu dan ini tanpa henti
kita tak jemu-jemu mempersoalkan tentang itu yang di situ
mahunya kita dakap impian dalam harap yang tepu
dari banyak waktu kita abai mensyukuri
di sini, ini, kita masih diizinkan berdiri dan menari
tanpa perlu sembunyi-sembuyi.
~msa:030314sk 443~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment