koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 10 March 2014
Sekadar satu jawapan.
Terjawabkah sudah
tekateki bertaraf sejarah
antara betul atau salah
belum lagi berkesudahan
sirinya mungkin berlanjutan
selagi jelma soalan, pasti ujud jawapan
Siapa yang terluka
Di mana darahnya
berbalah sesama kita apa untungnya
sedang jawapanya tentang air
jangan lagi dibazir
walau setitis
usah biarkan tiris.
~msa: 100314 sk443~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment