koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 10 March 2014
TANGISAN DINA
Tangisan bayi bergema
di subuh sunyi nan gelita
memecah sepi suasana.
Seorang gadis cantik parasnya
melangkah kaki layu durjana
meninggalkan bayi beruri tali pusatnya.
Tangisan bayi berhenti bergema
senyap dan hening kembali bernuansa
tiada terdengar esak teriakannya.
Gadis cantik berkecamuk minda
terdetik hati dosa mula melanda
berpatah balik mencari bayinya.
Sayang bayi telah tiada
tinggal hanya kotak pekat merah darahnya
dan lolongan berebut habuan bergema.
Terduduk si gadis menyesal hatinya
segala dosa menyentap jiwa dan raga
menangis darah tiada berguna.
Gema tangisan kembali bernada
di subuh sunyi yang dina
bayi tidak berdosa kehilangan nyawa.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment