koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 2 July 2014
GURINDAM KOSONG DI BULAN PUASA
Bangun sahur semuanya bermuka muncung,
bulan puasa dah kena ikat segala hantu pocong.
Apa guna suka hidup menyombong,
lebih baik kita pakat terjun lombong.
Sekarang ini memang abang tiada duit segunung,
sahur berkais bila berbuka abang termenung.
Tunggulah abang jual Homestay kat Pelegong,
baru nanti kaudatang bagai ayam mematuk jagung.
Jangan marah janganlah pelangkong,
abang hanya melayan kerongkong.
Bukan abang mahu mengelentong,
nanti mati tercekik sotong.
Tumbuk padi di dalam lesung,
gurindam ini gurindam kosong.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment