Wednesday, 2 July 2014

OH PT3


Limabelas tahun
bukannya duapuluh tahun
harus bagaimana mereka ini
menghadapi tekanan
sukatan ujian yang baru
sedangkan lepasan sekolah
dari luar bandar
ataupun lepasan universiti
yang ke luar negara
pasti akan terkena kejutan budaya
kerana tidak dapat menangani tekanan
persekitaran baru.

Ini-kan pula mereka ... ,
ya mereka!
Mereka yang berubun mentah
jiwa baru mengenali erti memberontak
dan yang pastinya mereka
belum bersedia
untuk menghadapi PT3;
dan menjadi mangsa ujikaji
kementerian.

Tidak boleh-kah kementerian mulakan dari tingkatan satu
seperti mana UPSR dimansuhkan dahulu
dimulakan pula sukatan baru dengan darjah satu.

Aduhai, kasihan anakku
tidak dapat menangani tekanannya
sehingga mengambil keputusan
berhenti sekolah.

Tekanan darah aku pula yang mencurah-curah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/07/2014.

No comments:

Post a Comment