koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 1 July 2014
TEROMBA: POSANAN ORANG TUO
Sebagai anak lelaki
- kok tak mahu dongar kato omak-ayah
kok tak mahu belajar laie
kok mahu berhenti sekolah
kok mahu hidup bebas
kojo kono cari.
Kok nanti tak-lah menyusahkan omak-bapak
nan nanti dapek duit, ekau boleh buek sesuko hati
kasi himpun banyak-banyak
kok nanti ada kekasih tak-lah kahwin lari.
Tidaklah nanti dicaci-maki
dicari nak diligan
dicari nak dilokap
sobab bawak lari anak orang
apo ingat anak daro orang anak ayam ko?
Orang tuo tak dapek nak nolong
harto bukannyo ado
yang ado
tu-ha!
Rumah kotak ompek tingkat.
Dari kocik anak ditatang
dibolai dengan ponoh kasih sayang
dimanjokan
bilo dah bosar panjang
dah pandai berkawan
omak-bapak tak dipandang
tak ado hargo
dilawan.
Pandai-pandailah ikhtiar nak hidup
ekau tu anak bujang.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
01/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment