koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 2 March 2013
Dondang Sayang.
Petang ini aku berdondang
berdondang sayang bengang si bangang
ibarat sushi sedang terhidang
boleh dipandang tak dapat dipegang,
kisahnya sama dengan burung merpati
makan di tangan, dipegang ia lari
gambar diundang giurlah mata menatapi
dikomen sama dia maki kembali,
aduhai dondang sayang masih berlagu
nak jadikan cerita kini berseteru
di'unfreind' si dia relalah aku
ku'blok' dia pula,
ha! ... puaslah hati aku,
alahai dondang sayang.
ss/spl/pm ... 02/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment