Saturday, 2 March 2013

LUKISAN DETIK DAN TARIAN ANGIN



Tenang ini terpasung rindu
sepertinya menerbit selingkar kisah
cuba mengukir senyum dalam getir
sedangkan bahagia seakan malas bertamu
lalu menggoreskan garis-garis kelam
di saat bulan pucat di tengah langit
dan malam pun kian ke penghujung fajar.

Kisah ini masih bersambung
dalam musim yang tidak pernah berganti
cuma kuinsafi seharum mana kemboja berbunga
kerana gugurnya sekadar memutih di bumi basah
persis lukisan detik dan tarian angin
cuba bersatu di gemersik ingin
pun di dalam tebaran waktu
aku sekadar merasa
dengan kata
dan di antara kita.

Qalam Bertinta
02032013
1951pm
LUKISAN DETIK DAN TARIAN ANGIN

Tenang ini terpasung rindu
sepertinya menerbit selingkar kisah
cuba mengukir senyum dalam getir
sedangkan bahagia seakan malas bertamu
lalu menggoreskan garis-garis kelam
di saat bulan pucat di tengah langit
dan malam pun kian ke penghujung fajar.

Kisah ini masih bersambung
dalam musim yang tidak pernah berganti
cuma kuinsafi seharum mana kemboja berbunga
kerana gugurnya sekadar memutih di bumi basah
persis lukisan detik dan tarian angin
cuba bersatu di gemersik ingin
pun di dalam tebaran waktu
aku sekadar merasa
dengan kata
dan di antara kita.

Qalam Bertinta
02032013
1951pm

No comments:

Post a Comment