koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 16 March 2013
Mewarnai seindah janji
Juntaian rasa merapuh perasaan
lambaian berjalur arah menyalur
kembali menilai kebenaran kata
adakah terpaksa. dalam untaian
mencariku, sejauh mana lurus
huluran di atas keteguhan
sering hadir dalam bisikkan
mendakap indah kutika
meniti haluan anganku
berada tinggi menggunung
mendiami persada itu.
Titik hujan membasahi kekeringan
sabar menakluki persada rasa
damai menunas ketenangan
gerimis menjanji kebasahan
awan mencetak ombakan
langit meniris membasahi
menadah kesabaran terikhlas
terbatas cuma...
Gelora tak sanggup berombak
angin membelai rindu pada kerinduan
bertapak lapang berdada indah
tiada semak ranun kumilki
onak duri kuhalusi betapa
kuletak seadanya kamu tika
melukis warna kasih itu
seindah janji demi redha...
Moyyu.
15.3.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment