Saturday, 16 March 2013

Pantaskah aku...


Telah kugenggam dalam bisu
diamku, mematikan keresahan
tika lambungan ombak semilus
membeku aku terpaku keras
menjadi batu, sejuk membeku
tiada darah mengalir, gelinang
terasing sendiri bernafas pilu

Merekah jantungku, mereput urat bisu
bisa mengalir berbisa rakus menyiksa
bulan sinis memberi nyawa, hambar
salju menitis menikam sukma. terlantar
aku dipasak perih, terjunam sembilu
mengalir diam resah, gelora basah
payung teduh, tercarik di lurah asa
kematianku, diam semadi jasad rindu
gerah kerana amarah menjalar
tak indah terpasung sikah.

Maafkan aku...
kerana aku tanpa nama
tiada indah dan peramah
tak kuilusi tersanggah bicara
siapa juga aku, Moyyu bagiku ikhlas
kerana ukuranku, tiada kusinggah
bermain mimpi gundah, meresah
adakah aku hadir, memakna...
kerana... milikku saja...
pantaskah aku ...?

15.3.2013.
Moyyu,
Pulau Mutiara.

No comments:

Post a Comment