koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 March 2013
Peduli apa aku.
Sayang,
dengar sini baik-baik
pasanglah telinga di mata hatimu
dengarkan bicara,
bicaraku di alam yang bisu.
Kaukatakan padaku
cinta bagiku
bagai menukar baju
bersilih ganti, datang dan pergi.
Ya! Benar,
tepat sekali kata-katamu
cinta bagiku
memang bagai menukar baju.
Namun, adakah itu kesalahanku
datangnya cinta bukan dari jemputanku
bukan di atas kehendak diriku,
datangnya cinta, jatuh terlentok di ribaanku.
Terpulanglah pada dirimu
mahu katakan apa sahaja tentang diriku
yang aku tahu,
aku menukar baju, ... hanyalah di badannya aku.
Ibarat si kucing ... diriku ini,
walau tidak dijamahnya ikan di hadapan mata
tetap akan kujilat juga.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment