koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 1 November 2013
PANTUN NASIHAT
Pergi ke Inderagiri mencari tebu
mudik ke seberang hutannya nipah
sahabat dicari biar beribu
musuh seorang usah ditempah.
Burung pekaka di pohon pala
hujan lebat di petang hari
jangan suka mencaci cela
nanti sahabat habis lari.
Anak memerang memakan keladi
di tanah rata hujungan desa
kalau orang sudah berbudi
tentu kita pula berbahasa.
Buah rumbia bawa ke huma
untuk dimakan sambil menjerat
hidup di dunia tidaklah lama
patut amalkan bekalan akhirat.
Masnah Marzuki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment