koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 November 2013
PANTUN SANTAI BOLA
Sedap kepalang memakan laddu,
minum air di pasar gesel;
Kelantan Pahang akan beradu,
pemenangnya di akhir tiupan wisel.
Duduk makan buah kuini,
dalam tuala buah berangan;
sunyilah pekan malam ini,
semuanya bola punya penangan.
Burung belatuk hinggap di pohon,
di pohon nangka termenung si itik;
suami tercatuk duduk menonton,
isteri mencuka di dalam bilik.
Hisap rokok di tepi halaman,
bersama teman duduk bersembang;
waktu seronok gol dijaringkan,
cawan kopi jangan sampai terbang.
Buah kelapa di atas para,
di tepi dupa si buah tamar;
walau siapa pun menjadi juara,
semangat kesukanan jangan dicemar.
Qalam Bertinta
Klang
03112013
1327pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment