koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 16 November 2013
PANTUN SELENDANG PUJAAN
Selendang hitam selendang rindu,
Gemersik biola serigala dayu;
Kuhidang malam berdulang padu,
Di tasik piala segala rayu.
Gagak berhimpun di dahan pokok,
Bulan tertipu sangkakan pungguk;
Lagak merimbun tertahan songkok,
Siulan tepu lagakan lengguk.
Di kaki rumput panjangnya sungguh,
Teroleng tasbih siku berpeluh;
Kudaki semput ranjangnya lenguh,
Berpaling kasih aku mengeluh.
Wangian selendang pujaan pujangga.
Sazalee Sulaiman ... 15/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment