koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 18 November 2013
RENUNGAN
Setiap manusia(lelaki dan perempuan) pasti mahukan yang terbaik dalam hidupnya...itu normal...ketakutan akan memantapkan lagi kita untuk lebih berhati-hati...bukan semakin melemahkan kita...seelok-eloknya begini...berikanlah diri kita peluang untuk mengecap bahagia...sekurang-kurangnya itu hak kita...kebahagiaan harus dicari untuk diri kita sendiri...tetapi seandainya apa yang kita harapkan itu tidak menjadi terimalah ia dengan hati yang terbuka...kerana kita hanyalah manusia biasa...hanya mampu merancang dan berusaha...selebihnya kita serahkan kepada Allah yang Esa kerana Dia adalah yang sebaik-baiknya perancang...bukan kita manusia(hamba-Nya).
Pasti di sebalik apa yang dirancangkan-Nya ada hikmah yang tersembunyi untuk kita manusia mencari, dan terus mencari tanpa ada sifat berputus asa dan bersangka buruk kepada Allah SWT...itulah rukun IMAN...percaya kepada Qodak dan Qadar.
Berilah peluang pada diri kita untuk mengecap nikmat bahagia...satu lagi yang harus kita ingat!...kebahagiaan tidak datang bergolek dan bukannya datang dari usaha seorang sahaja...haruslah datangnya dari kedua-dua belah pihak...baik lelaki dan juga perempuan.
Dan jangan lupa berdoa dan terus berusaha untuk kebahagiaan rumahtangga.
Awal alam rumahtangga pasti akan datang geloranya tapi itu hanyalah seketika yakni proses mengenali hati budi masing-masing...kalau kita lihat satu perpatah...lagi senang kita akan fahaminya...
JAUH PERJALANAN MAKA SEMAKIN LUASLAH PENGALAMAN
kadang-kadang kalau kita hendak pergi ke sesuatu tempat yang kita tidak pernah pergi terasa amat jauh sekali perjalanannya...kan?...tapi bila dalam perjalanan pulang, sekejap sahaja sampai di rumah...kenapa?
Sebabnya adalah kerana setiap benda yang bernyawa ciptaan Allah akan menyapa diri kita sepanjang perjalanan itu untuk mengetahui dan mengenali siapa kita dan ke mana hala tuju kita...tetapi bila dah kenal ia tak akan bertanya lagi...sebab itu perjalanan pulang amat selesa...maknanya...berilah masa untuk kita mengenali antara satu sama lain dahulu...selepas itu rumahtangga kita semua pasti bahagia dan datangnya dengan sendiri tanpa kita perlu mencari...insya-Allah.
Renung-renungkanlah.
Sazalee Sulaiman ... 18/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment