koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 1 November 2013
SELAMAT HARI LAHIR BIDADARIKU (Kudedikasikan puisi ini untuk isteriku Cahaya Laila sempena Ulang Tahun Kelahirannya)
November datang lagi
engkau masih berdiri di sini
senyummu tidak pernah mati
syukurmu tidak pernah usai
engkau kebanggaan kami
engkau juga kegembiraan kami
pun engkau segala-galanya bagi kami.
Aku juga masih di sini
berdiri di sampingmu
mengucup keningmu
memeluk erat tubuhmu
membisikkan ke telingamu
betapa aku terlalu mencintaimu.
Kita akan sentiasa di sini
untuk November musim yang mendatang
agar akan dapat kuucapkan kembali
“Selamat hari lahir” buatmu
dan kembali membisikkan
kata-kata cinta buatmu.
Selamat Hari Lahir bidadariku
dan akan sentiasa menjadi bidadariku
untuk selama-lamanya.
Qalam Bertinta
Klang
01112013
0941am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment