koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 1 November 2013
SEMOLEK DINDING SABAR
Berbekal azimat yang tersemat
melangkah penuh cermat,
ada lontaran getar seiring keringat
jauh dari dendam dan kesumat
andai tertinggal luka yang tersurat
yang diam di segenap jalur semangat,
kerana untuk memilih sedikit penawar
harus mengenal setiap hembus udara nan tawar
lalu jalan itu harus kekal di paksi bukan tersasar
mana mungkin detik waktu pulang setelah beredar,
berpegang pada tali yang pernah dilontar
bernafas pada setiap nafas yang segar
titik hitam yang tinggal biarkan tanpa gentar
pulang pada waktu bukan dengan cemar,
biar rasa indah semolek dinding sabar.
AE/01NOV13
::TintaMataPena::
...YangMerahItuSaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment