koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 November 2013
Syair pantai.
Pada laut pantai bertanya
ke mana pergi ombak rindunya
mungkinkah rajuk agak gerangannya
hingga berhari tiada derunya
ombak menyepi pantaipun sunyi
siulan bayu seolah beryanyi
pohon nyiur di pantai, mati
perdu terburai tiada penghuni
pantai meminta satu alasan
laut memberi seribu kiasan
pantai mula terasa bosan
batu di laut dijadikan nisan
muak terasa rindu menyeksa
pantai berubah tekad perkasa
pasir ditambak hingga selaksa
kembalinya ombak tidak dipaksa
usah kembali datang mengingini
pantai dah tahu diri dibenci
biarlah sepi pantai mengerti
ombak menyepi biarlah pergi
tak perlu dirayu lagi.
Sazalee Sulaiman ... 03/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment