koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 20 November 2013
TOPENG MUNAFIKMU
Usah engkau bercerita tentang kebenaran
andai topeng munafikmu engkau selindungkan di hujung keningmu
ketika serantau maya engkau laungkan benarmu
bersimpang liku dan pangkalnya tersadai di kesesatan
hanya kerana ingin menjangkau kehendak dan mencengkam kebebasan
…konon-kononnya
lalu bergelutlah engkau menegakkan pembohongan
dalam kehalusan serta kelembutan bunyi pengucapanmu
sedangkan nafasmu penuh api dan duri beracun
biarpun setitis rahsiamu terbongkar dan bersuara satu persatu
namun engkau tiupkan kematian pembohonganmu dengan angin simpati
untuk menagih kepercayaan agar engkau akan kembali tersenyum sombong.
Mungkin engkau tidak sedar
pujian yang berdedai sekadar membungkus kecuranganmu
gemuruh engkau bersorak hinggakan langit dan bumi retak
keaslian dan pengaruh engkau jemput sama mendustai
lalu dalam alpamu engkau memijak jerat benar
lantas membingkaslah engkau tergantung di puncak malu
dan topeng munafikmu lerai satu persatu di kaki hina.
Qalam Bertinta
Klang
19112013
2033pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment