koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 10 March 2014
SEANDAINYA KITA TAHU
Seandainya kita tahu
pada kejadian bayi menangis
saat teriaknya dia
keluar dari rahim si ibu
pastinya... ,
kita akan terdiam
seribu kebisuan
penyesalan kerana teralpa
leka
dengan ketaasuban
dunia.
Sedangkan bayi itu
lebih mengerti
dari kita yang telah dewasa
menangisnya dia kerana gerun
pada cabaran hidup
yang bakal diharunginya
di hari muka.
Mahukah kita membuka minda
untuk memahaminya.
Nauzubillah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment