Monday, 10 March 2014

SPEKULASI MH 370


Apabila kita sebut pasal spekulasi
yang dapat aku gambarkan
adalah daya imaginasi yang dibawa
oleh HOKa
setelah HOKi merumuskan situasi 
ke dalam otak.

Tetapi di dalam imaginasi
spekulasi bukanlah sesuatu yang hebat
kerana spekulasi
boleh membuat orang terkulat
seandainya bicara tak tepat
mampu meruntun hati yang kelat.

Jadi hentikanlah segala spekulasi
yang boleh membawa akibat
huru hara tidak sehat
di hati keluarga mereka yang terlibat
di jiwa sahabat-sahabat
yang menanti berita julat lagi tepat.

Dan... , apabila kita mahu spekulasi dihentikan 
seharusnya kita sendiri menghentikan spekulasi 
yang dibuat melalui berita dan akhbar
tohmahan dan andaian yang diperkatakan
dipersampaikan, hanya membawa kata-kata

'Cakap yang tidak serupa bikin'

hanya menambahkan situasi yang ketat.

Maka haruslah kita bermuhasabah diri
tunggulah berita yang akan diberi
bukan hanya menambah sensasi
bahan berita untuk menambahkan rating
penonton menyaksikan siaran terkini
di saluran tv.

Semoga kita bersimpati
bukan mencari dan menambah publisiti.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/03/14.

No comments:

Post a Comment