Tuesday, 12 June 2012

BUKAN AKU TAK CINTA


Bukan aku tak suka
bukan aku tak sayang
dan mungkin juga bukan aku tak cinta
tapi engkau yang membuat gila
menerkam membabi buta
habis semuanya
engkau ligan
bagaikan tak cukup makan
sampai adik-adikku pun engkau kacau sakan
segala cacian engkau berikan
bukan itu sahaja tapi siap dengan segala tohmahan
dek hatimu yang gila bayangan
macam orang sedang meroyan tak berbidan
dan kini biarlah engkau fikirkan
dan kau carilah jalan
bagaimana nak serap segala tekanan
setelah dirimu kini aku biarkan
setelah dirimu aku abaikan
dan akaun Fbmu aku berikan sekatan
sehingga aku engkau tidak akan bisa ... terlihatkan
nasib kaulah kalau engkau meroyan sendirian.

Bukan belaian executif yang aku berikan
bukan kasih sayang berkurangan yang aku berikan
tapi engkau yang tak pernah puas mahukan yang berlebihan
kerana itu semua ... engkau sendiri yang beranggapan.

Cemburumu segugusan pulau yang tidak terbilang dek tangan.

ss/spl/pm ... 12/6/2012.

No comments:

Post a Comment