Thursday, 14 June 2012

DARI MELAKA KE NILAI


Dari Melaka ke Nilai
jalan lama aku tempuhi
ingatkan waktu ingin aku dahului
jalan singkat aku rentas
rupanya terperangkap di Pedas
dalam kesesakan lalulintas
mahu tak mahu
aku ikutkan jua walaupun hatiku panas
kerana aku terlupa
yang cuti sekolah telah pun bermula
semuanya berpakat
bercuti meluruskan minda yang terculas
jalan singkat yang mereka rentas
kerana hendak lekas
takut pantai laut
dan juga tempat berkelah
orang lain akan guna rampas
perjalanan dua jam jadinya empat jam
memang aku yang cari nahas.

Sampai rumah tak terkemas bantal yang aku belangkas.

ss/spl/pm ... 14/6/2012


No comments:

Post a Comment