koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 12 June 2012
RINAI GERIMIS RINDU MENYAPA
Secarik resah di kaki tangga
mengenang hati gundah gulana
dipalu gong berduri landak berbisa
terpaku kaki langkahan sengsara.
Sengsara berona kian membara
menggelegak jiwa disapa duka
digigit gersang kalbu merana
digigit rindu tiada tersapa.
Siapa gerangan gadis kupuja
di balik awan kencana terdera
menyentuh pucuk tangan cedera
menyerap rasa bergempita jiwa.
Di jiwa resah berjiwakan gelisah melanda
gelora di kalbu terpisah ombak lautan samudera
menara patah bermenara pasrah di dada
menyita rindu berlayarkan rabak layaran bahtera.
Rindu datang tidak terduga rinai gerimisnya.
ss/spl/pm ... 12/6/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment