Monday, 11 June 2012

TIDAK MENGAPA TEMAN


Ya! ... tak mengapa
tiada paksaan dalam persahabatan
tiada kasta dalam penulisan
untuk menerima akan sebuah pandangan
pandangan ikhlas seorang teman
yang tak mahu temannya terleka dalam kealpaan.

Ya! ... tak mengapa

andai tuduhan
yang engkau lemparkan
mengata aku penghasut berhati syaitan
menghasuti fikiran teman-teman
dalam karyaku yang penuh pesan berpesan
agar alpa jangan dibuat sembarangan.

Ya! ... tak mengapa
silakan dan teruskan
nak terima segala peringatan
atau membuang ke dalam kumbahan
kerana aku tetap mempertahankan
karyaku yang penuh dengan kata bidalan
ada peringatan dalam nukilan
pesan berpesan
tetap akan aku teruskan.

Kerana bagiku bukan nama yang aku perjuangkan
tapi martabat bahasa menjadi keutamaan
dalam peringatan sambil memartabatkan
sastera bahasa itulah yang aku idamkan
selebihnya fikirkanlah kenyataan
segala pesanan yang aku sisipkan
benar atau tidak kamu sendiri yang menentukan.

Fikirkanlah dengan hati penuh keterbukaan
tiada paksaan dalam segala pesanan yang aku nukilankan.

ss/spl/pm ... 11/6/2012.

No comments:

Post a Comment