Aku dongakkan kepalaku petang ini
memandang langit yang luas terbentang
apa yang terpampang di fikiran
semakin jelas kelihatan
kesyukuran dan keluhuran
merangkumi pemikiran
akan keindahan ciptaan Tuhan
menandakan kebesaranNya yang tidak tertandingkan
dan tidak terduga dek kecilnya fikiran.
Di satu sudut kecil di langit yang tinggi
aku perhatikan dan aku amatikannya dengan khusyuk sekali
ada satu titik yang menarik perhatian
untuk aku tatap dengan penuh minat sekali
satu titik yang sekejap ada dan sekejapnya menghilang
bersama datangnya langit kelam membawa perkhabaran
senja mendatang labuhkanlah kehidupan
birai malam berpelabuhan
menggantikan rona terpampang di langit kejadian
mensyukuri nikmat penglihatan dapat memandang sebuah keajaiban
dahi di hamparan sujudlah kepada Tuhan.
Apa yang jelas dan mampu aku kongsikan
adalah tentang keajaiban penglihatan yang diizinkan oleh Tuhan
bersyukurlah kita kerana diberi peluang menyaksikan
dan menikmati anugerah sebuah pemberian
pemberian dari Yang Esa
buat hamba-hambaNya untuk difikirkan
dengan redha di dada menunduk sujud dahi di perlindunganNya
selagi tidak mensekutukanNya dengan tipu muslihat syaitan yang direjam.
Sujudlah iman akan titik kecintaanku kepada Allah ... Tuhan Yang Mengizinkan.
ss/spl/pm ... 14/6/2012.
No comments:
Post a Comment