koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 1 November 2013
50pp: Hijrah Jalur Gemilang.
Hijrahku berjalur gemilang di hati
berpaksi jitu anak jati negara
merah lambang keberanian seorang aku
biru mewakili keharmonian menyalirkan ilhamku
kuning mewarnai keturunan "aku melayu"
putih bersih lambang keluhuran, keikhlasanku
empatbelas jalur bersilang budaya toleransi
bersatu dalam satu persekutuan rohani
empatbelas bintang tajam mewakili perpaduan
dan bulan sabit mewakili pegangan.
Sazalee Sulaiman ... 01/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment