koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 1 November 2013
Syair Pagi Jumaat.
Salam sayang di angin lalu
dari diriku yang tersipu malu
untuk rakan dan teman sebulu
menambah erat Jumaat penghulu
usah bermusuh sesama kita
kekalkan ukhuwah sesama kita
kasih sayang peliharalah kita
kekal dipuncak persahabatan kita
yang jauh kita dekatkan
yang dekat kita rapatkan
kepada sahabat aku kirimkan
di angin lalu aku sampaikan
kasih sayang ikhlas di hati
bukan sekilo bukan sekati
di pagi hari embun meniti
berlafaz riang di maya pedati
semoga sahabat aman dan damai
di pagi Jumaat embun yang permai
adat berkawan biarlah ramai
adat bersahabat menegur yang cuai
sayang menyayang kasih mengasihi
cinta yang suci kita tagihi
kepala kawan usah dilangkahi
kelak terhantuk pasti dimusuhi
aku tutup syairku ini
duduk bersimpuh menghadap mentari
ubun berpeluh jatuh di kaki
maaf dipohon bersusun jari
andai ada sumur di ladang
bolehlah kita mandi berenang
terang mentari biar ke petang
berpayung awan datang berlenggang.
Salam Jumaat teman dan rakan.
Sazalee Sulaiman ... 01/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment