koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 2 November 2013
~ aku yang dulu 2 ~
termangu aku di sisipan lampau
meniti indahnya cerita kita
antara aku dan kamu menari di pelantar malam
ceria dan bahagia tanpa ada cinta
tepuk tawa memecah hening sepi
dalam tawa riang tanpa aku sedari
aku mula menaruh harapan
dan tika itu aku tersentak mendapat berita
pahlawan negara telah berada di hatimu
aku berdiam dalam menyimpul hasrat hati
riang tawa kita kekal bersama kita
bagai meletus gunung berapi
mencurah lava membakar apapun
engkau disunting jejaka
meriahnya majlis penabalan terlaksana
aku tetap seperti dulu
menyimpul rasa tidak mampu berkata
bahagiamu surga bagiku
air matamu adalah neraka buatku
biarpun segalanya telah berlalu
doaku tetap buatmu
engkau tetap sahabatku
aku yang dulu..tidak pernah memusnahkan cintaku padamu
abdulmalekismail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment