koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 17 November 2013
PANTUN RAJUK DI HATI
Sungguh sejuk pandangan kabur,
Cinta yang pulang payah ditatang;
Tangguh rajuk biarkan kubur,
Tinta yang hilang payah mendatang.
Resah terlakar laku terhalang;
Selak bergari hendak cumbui;
Usah dibiar aku menghilang,
Kelak tercari tidak temui.
Sazalee Sulaiman ... 17/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment