koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 17 January 2014
SENI UNTUK MASYARAKAT
Aku menulis
mengikut fakta
aku juga menulis
akan apa yang benar
walau terkadang
bicaraku tajam
setajam anak panah
deras dilepaskan dari busur
laju, selaju peluru M16
diketuk pemetik picu
dan bisa
sebisa buluh runcing
kejam di tebingan kali.
Ya! Aku kejam.
Aku kejam
di dalam penulisan aku
siapa terkena pasti tahu
betapa beracunnya
tulisan aku
betapa bisanya
menyelinap di tangkai hempedu
mengikis ngilu.
Namun aku tahu
aku menulis bukan sesukanya hatiku
atau semahunya kehendak mindaku
kerana apa yang aku tulis
ada asas yang padu
kebenaran di situ
bukannya untuk menipu dan palsu.
Dan yang pasti
aku memperjuangkan karya seniku,
karya seni untuk masyarakat
bukannya... ,
untuk mengampu.
Aku dan kebenaran tulisanku.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
17/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment