koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 19 January 2014
BICARA MALAM.
Aku ingin mengadu pada malam
mengapa bulan cahayanya kelam
mengapa bintang hilang kerdipannya
namun tidak terluah rasa
kerana pungguk turut merayu
tegak di dahan merenung bulan
bulan berselindung di balik awan.
Ingin kukhabarkan pada malam
kelammu memilukan aku
dinginmu menyakiti aku
biar aku bercerita pada malam
walang hati seorang penanti
bersama segumpal rindu yang kian hanyut
cedera hati semakin parah
kejora idaman tinggi di awan.
Bertandanglah siang ke dukaku
biar mentari menyimbah cahaya
walau tak seindah kerdipan kejora
namun cahayanya menerangi
ke pelusuk jiwa.
Cahaya Laila
18 Jan 2014
Klang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment