koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 17 January 2014
TAFSIRAN KECINDAN
Malam tadi aku tidur
pagi ini aku berlipur
malam tadi aku bermimpi
dalam mimpi aku bermimpi.
Pagi ini aku mencongak
di sinar mentari langit terkuak
mimpi semalam mengganggu hati
aku bermimpi di malam sunyi.
Berat sungguh firasat mimpi
dalam minda berseloka ngeri
dalam mimpi puteri menyapa
katanya "abang ni memang kacak gila".
Dari mimpi aku berlagu
falsafah kecindan dari hatiku
mungkinkah teman akan memahami
atau mungkin, akan berkata sebegini
"Kau ni memang kuat perasanlah Zalie"
Aduhai!
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
17/01/14.
p/s: Kepada semua yang sudi membaca karya ini saya ucapkan berbanyak terima kasih dan saya mohon seribu kemaafan jika idea saya pagi ini berideakan 'wel-wel'. Aduhai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment