koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 18 January 2014
MABUK
Mencari makamku di antara makam
mabuk dalam kelazatan fana
menagih Al-Kamil
gementar menyebut nama-Mu
lalu hamparan tersembunyi itu kuselusuri
mencari
bukan di akal
tapi di jiwa
bukan dengan mata
tapi hati
bersuara
tapi bisu.
Cuba kusingkirkan satu wajah
antara dua
mencari Lahut
di sebalik Kasar
dalam pejuangan mujahadah
untuk sampai ke tempat asalku
agar dapat kududuk di alam kehadiran Allah
dalam rasa d'zuk hati dan perasaan
untuk kupandang yang satu
pada yang banyak
juga yang banyak
pada yang satu.
Qalam Bertinta
Klang
18012014
1245pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment